Tumpuan :
Dunia

20 cedera selepas kereta rempuh orang ramai di Munich

FOTO: Reuters

MUNICH: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera, termasuk beberapa dalam keadaan kritikal, selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di Munich pada Khamis, sehari sebelum berlangsungnya Persidangan Keselamatan Munich.

Dalam kenyataan di platform X, polis Munich mengesahkan bahawa pemandu telah ditahan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa enggan mengulas sama ada insiden itu berpunca daripada kemalangan atau tindakan disengajakan.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis masih menyiasat sama ada pemandu kenderaan jenis Mini Cooper itu bertindak secara sengaja.

Mangsa terdiri daripada peserta demonstrasi berkaitan mogok yang dianjurkan oleh Kesatuan Verdi, namun pihak kesatuan menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan.

Persidangan Keselamatan Munich yang dijadual bermula pada Jumaat dijangka dihadiri oleh Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance, serta Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini