STRASBOURG: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas dua trem bawah tanah bertembung di Strasbourg, Perancis, semalam.
Saksi memberitahu Reuters mengenai keadaan selepas pertembungan, dengan asap keluar dari bawah kedua-dua trem dan penumpang masih berada di dalam gerabak.
Nahas itu dipercayai berlaku apabila salah sebuah trem secara tidak sengaja menukar landasan sebelum merempuh trem kedua yang diletakkan di stesen utama Strasbourg.
Datuk Bandar Strasbourg, Jeanne Barseghian, melawat tempat kejadian dan menyifatkan insiden itu sebagai satu pelanggaran dahsyat.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.