![](https://media.buletintv3.my/2023/09/ou9K4qLa-BULETIN-TV3-2.jpg)
MUNICH: Lapan orang cedera ringan apabila dua tren ‘roller coaster’ berlanggar pada hari pertama pesta 18 hari Munich Oktoberfest di Jerman, pagi semalam, lapor agensi berita dpa.
Pakar perubatan berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami lebam dan tiga orang dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.
Susulan kemalangan itu, permainan yang dikenali sebagai Höllenblitz atau Hell’s Lightning ditutup sementara menunggu siasatan lanjut, kata polis.
Dalam kejadian itu, sebuah tren berlanggar sebuah tren yang tidak bergerak atas sebab yang tidak diketahui, kata pengarah permainan itu Willi Ottens kepada dpa pada Ahad.
“Terdapat sedikit perlanggaran antara kedua-dua kereta api, semua orang turun sendiri daripada tren,” kata Ottens.
Menurut Ottens, Hell’s Lightning ialah ‘roller coaster’ dalaman terbesar di dunia.
Perayaan Oktoberfest yang terkenal itu berlangsung setiap tahun di Munich, menarik berjuta-juta pelawat tempatan dan antarabangsa ke ibu kota Bavaria selama beberapa minggu pada bulan September dan Oktober. – BERNAMA-dpa