CAIEIRAS: Dua orang maut dalam insiden helikopter terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Khamis, manakala seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan juruterbang terselamat.
Menurut Reuters, mangsa yang terselamat terpaksa bermalam di hutan selepas nahas di daerah Caieiras susulan operasi menyelamat tidak dapat dijalankan pada Khamis akibat cuaca buruk.
Bagaimanapun, mangsa akhirnya diselamatkan pada Jumaat.
Dua mangsa yang maut ialah penumpang helikopter, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk.
Mangsa yang terselamat dibawa ke hospital menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kejadian tersebut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.