PESHAWAR: Dua orang maut sementara tujuh lagi cedera dalam serangan nekad di Peshawar, Pakistan.
Menurut polis, kejadian berlaku apabila penyerang nekad bertindak menghampiri sebuah kenderaan dipandu pegawai separa tentera sebelum meletupkan diri.
Setakat ini, keadaan tujuh mangsa yang cedera dilaporkan stabil.
Kumpulan militan tempatan, Tehreek-e-Jihad Pakistan mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.
Ini adalah serangan kedua oleh kumpulan berkenaan dalam tempoh seminggu selepas serangan pertama menyasarkan kem tentera di Balochistan.