Tumpuan :
Dunia

2 maut, 3 cedera pesawat Piper terhempas di Alaska

Foto: Fail Xinhua

SAN FRANCISCO: Dua orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Pulau Kodiak, Alaska, pada petang Ahad Xinhua memetik pegawai pada Isnin.

Pesawat Piper PA-32-300 berlepas dari Old Harbour menuju ke pangkalan operasinya di Kodiak apabila ia terhempas di kawasan cetek dan pergunungan pada sebelah petang, menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Serpihan pesawat dikesan kira-kira tiga batu (4.8 kilometer) utara Old Harbor, menurut Pengawal Pantai AS.

Old Harbor terletak di pantai tenggara Pulau Kodiak dan kira-kira 70 batu (112km) barat daya bandar Kodiak.

Sebuah helikopter tiba di lokasi nahas sebelum 5 petang dengan kru menemui dua orang mati di tempat kejadian dan tiga lagi cedera, kata Pengawal Pantai.

Pesawat enjin tunggal itu beroperasi sebagai pesawat sewa atas permintaan. Ia dikendalikan oleh Vertigo Air Taxi, menurut ketua pejabat Alaska NTSB, Clint Johnson.

Masih belum jelas punca nahas itu. Seorang penyiasat NTSB pergi ke Kodiak awal Isnin untuk menyiasat, kata Johnson. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini