FULLERTON: Dua maut manakala 18 cedera apabila sebuah pesawat kecil terhempas melalui bumbung sebuah bangunan komersial di California Selatan pada Khamis, kata pihak polis.
Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.09 petang (waktu tempatan) di bandar Fullerton, daerah Orange, kata jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.
Anggota bomba dan polis tiba di tempat kejadian dan berusaha memadamkan kebakaran yang tercetus, serta mengevakuasi perniagaan sekeliling.
Kebakaran tersebut merosakkan gudang yang kelihatannya mengandungi mesin jahit dan stok tekstil.
Bangunan itu dihuni oleh Michael Nicholas Designs, sebuah pengeluar pembalut perabot, menurut papan tanda di pintu.
Sepuluh mangsa telah dibawa ke hospital, sementara lapan lagi dirawat di lokasi kejadian sebelum dibenarkan pulang.
Siasatan awal masih belum mengenalpasti jenis pesawat tersebut atau dan mangsa yang terlibat sama ada mereka berada di dalam pesawat atau tidak, kata Wells.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.