KERALA: Pihak berkuasa kesihatan di Kerala, India merekodkan dua kematian baharu akibat virus Nipah yang boleh merosakkan otak.
Menurut Kementerian Kesihatan Kerala, seorang dewasa dan seorang kanak-kanak turut dijangkiti dan kini dirawat di hospital, manakala lebih 130 orang turut diuji untuk virus terbabit.
Sehubungan itu, lebih tujuh buah kampung diisytiharkan sebagai zon larangan sementara sekolah dan pejabat ditutup sementara.
Virus Nipah disebarkan kepada manusia menerusi sentuhan langsung dengan cecair badan kelawar, babi atau orang lain yang dijangkiti.
Untuk rekod, kes terbaharu ini adalah wabak Nipah yang keempat direkodkan di Kerala sejak 2018.- REUTERS