
LA PAZ: Sekurang-kurangnya 37 orang maut, termasuk empat kanak-kanak, selepas dua bas bertembung di lebuh raya selatan Bolivia semalam.
Kemalangan berlaku di bandar Uyuni, wilayah Potosi, dan mengakibatkan 41 orang cedera, termasuk dua warga asing, seorang wanita Peru berusia 80 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan Jerman berusia tiga tahun.
Kemalangan itu terjadi di jalan sempit dua lorong pada awal pagi.
Salah satu bas dalam perjalanan ke bandar Oruro untuk perayaan Karnival Oruro.
Punca kemalangan masih disiasat, namun polis mendapati salah satu bas memasuki lorong bertentangan.
Seorang pemandu yang terselamat disyaki berada dalam keadaan mabuk.
Kawasan pergunungan di Bolivia dikenali jalan raya yang berisiko, dengan purata 1,400 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.
Tragedi ini berlaku kurang dua minggu selepas satu lagi kemalangan maut melibatkan sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung di selatan Bolivia.
Pada Januari, satu kemalangan bas di Potosi meragut 19 nyawa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.