Tumpuan :
Dunia

19 maut dalam dua serangan Israel di Baalbek

FOTO: Reuters

LUBNAN: 19 terbunuh dalam serangan Pengganas Israel di dua bandar di wilayah Baalbek.

Serangan ke atas Nabatieh meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa penduduk.

Pada masa sama, Al Jazeera melaporkan, tentera Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan udara ke kawasan persekitaran Universiti Hodeidah.

Tiada komen diperloleh daripada pihak tentera kedua-dua negara setakat ini.

FOTO: Reuters

Serangan balas Kumpulan Hizbullah ke Israel hari ini menyaksikan empat bedilan roket dilancarkan ke utara tanah jajahan rejim itu.

Pada masa sama, Pejuang Islam Iraq turut melancarkan tiga serangan dron ke Golan Heights serta wilayah selatan dan utara Israel.

Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati dalam pada itu berharap gencatan senjata akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

FOTO: Reuters

Harapan itu dizahirkan ketika Wakil Khas Amerika Syarikat berada di wilayah itu bagi membincangkan isu gencatan senjata.

Angka korban konflik Asia Barat di Lubnan telah meragut lebih 2,800 nyawa sejak ketegangan memuncak bulan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini