comscore
Tumpuan :
Dunia

17 murid maut dalam kebakaran sekolah di Kenya

NYERI: Sekurang-kurangnya 17 murid maut dan 13 lagi cedera parah selepas kebakaran tercetus di sebuah sekolah di Kenya pada malam Khamis, menurut polis tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Kebangsaan, Resila Onyango berkata 14 murid dikejarkan ke hospital akibat melecur yang serius selepas asrama mereka terbakar di Hillside Endarasha Primary Academy, Nyeri County.

Seorang lagi murid meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

“Kami sedang menyiasat punca kebakaran dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Onyango melalui telefon.

Saksi berkata satu daripada asrama yang menempatkan pelajar musnah, mencetuskan kebimbangan bahawa jumlah korban mungkin meningkat.

Pasukan penyelamat kini berada di lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini