Tumpuan :
Dunia

150 maut dalam tempoh 2 hari di Gaza

Foto: REUTERS

GAZA: Sekurang-kurangnya 150 terbunuh dalam serangan rejim Israel di Gaza bagi tempoh dua hari.

Antara sasaran terbaharu termasuk sebuah rumah di Deir el-Balah.

Seranga artileri turut dilaporkan berlaku di Kem Pelarian Nuseirat dan Kem Pelarian Bureij.

Tiga lagi serangan disasarkan ke Khan Younis dengan sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan.

Tiga lagi kematian dicatatkan dalam bedilan di Gaza City.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan lapan penduduk Palestin cedera dibelasah pendatang haram Yahudi di daerah Silwad dan Masafer Yatta.

Foto: REUTERS

Serbuan pengganas rejim di selatan Baitulaham pula mengakibatkan seorang kanak-kanak cedera

Pengganas rejim dilaporkan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata

Juga terdapat laporan serangan Israel ke atas bandar Bani Haiyyan dan Markaba di selatan Lubnan – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini