Tumpuan :
Dunia

15 hilang, 2 diselamatkan selepas kapal nelayan karam di timur Indonesia

JAKARTA: Seramai 15 orang dilaporkan hilang manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal nelayan karam di perairan timur wilayah Maluku, Indonesia, menurut seorang pegawai tempatan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Kapal yang membawa 17 anak kapal itu tenggelam semasa melakukan aktiviti menangkap ikan pada Sabtu.

Dua kru berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan lain pada petang Isnin, kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah Papua Barat Daya, Monce Brury.

Brury berkata, kejadian itu diketahui berdasarkan keterangan dua mangsa yang terselamat.

Siasatan awal mendapati cuaca buruk dan keadaan kapal menjadi punca insiden itu.

— BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini