comscore
Tumpuan :
Dunia

15 cedera, termasuk tiga kanak-kanak di Kharkiv

FOTO: Reuters

KHARKIV: Pasukan tentera Rusia melancarkan tiga serangan di Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, menyebabkan 15 orang cedera, termasuk tiga kanak-kanak, menurut Datuk Bandar Ihor Terekhov.

Terekhov melaporkan lapan mangsa sedang menerima rawatan di hospital. Menurut polis Kharkiv yang dipetik oleh penyiar awam Suspilne, serangan tersebut menyasarkan tiga daerah yang berbeza di bandar ini.

Salah satu serangan, yang disebabkan oleh bom terkena kawasan di luar sebuah hospital. Serangan kedua merosakkan kawasan perumahan, manakala serangan ketiga di sebuah kawasan terbuka.

Rakaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan menunjukkan bangunan yang rosak dan serpihan yang ditinggalkan selepas serangan itu.

Di sebelah tenggara, di wilayah Kharkiv, serangan didakwa didalangi tentera Rusia di Kivsharivka mengakibatkan dua kematian dan dua lagi cedera, menurut polis daerah.

Di wilayah Kherson, yang sebahagiannya dikuasai oleh pasukan Rusia, seorang wanita juga terbunuh akibat serangan bom di kawasan di luar bandar utama yang dikuasai oleh Ukraine. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini