HOUSTON: Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis, lapor Agensi Anadolu yang memetik sumber media.
Lebih 25 juta orang di bahagian selatan negeri itu kini berada di bawah amaran ‘Red Flag’ kerana keadaan kebakaran yang “melampau dan mengancam nyawa.”
Kebakaran itu bermula pada Rabu di Ventura County, barat laut Los Angeles dan dengan cepat menghanguskan lebih 5,665 hektar tanah akibat angin kencang dengan tiupan sehingga 96.5 kilometer sejam.
Pegawai bomba meminta penduduk untuk meninggalkan kediaman.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.