comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 14 terbunuh dalam serangan terbaharu rejim Zionis di Khan Younis

GAZA: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan sejumlah lagi cedera dalam serangan tentera Israel ke atas kediaman penduduk di Khan Younis.

Kebanyakan yang terbunuh adalah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

FOTO: Reuters

Turut jadi sasaran Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah di wilayah sama.

Satu lagi bedilan menyebabkan kerosakan pada kediaman penduduk dan sebuah hospital berdekatan.

FOTO: Reuters

Rafah pula menyaksikan serangan bertali arus di kawasan perumahan di timur wilayah itu.

Di sebelah barat pula, tentera rejim dilaporkan melepaskan tembakan ke arah penduduk di jalan raya dari bot pemantau tentera.

Ketegangan di Tebing Barat turut menyaksikan puluhan penduduk Palestin di tahan tentera rejim di Kem Pelarian Tulkarem dan Nur Shams.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini