Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 14 mayat baharu ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Himalaya

INDIA: Angka maut kejadian tanah runtuh di Pergunungan Himalaya meningkat daripada 57 kepada 71 mangsa.

Pencarian mangsa yang masih hilang diteruskan tatkala hanya sekitar 14 mayat baru ditemui setakat ini.

Dalam pada itu di Himachal Pradesh, sekitar 2,500 kehilangan tempat tinggal.

Kerugian akibat bencana alam kali ini dijangka boleh mencecah jutaan dolar Amerika.

Hujan lebat, banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku dalam masa sama, memusnahkan kediaman serta bangunan selain turut menjejaskan jaringan pengangkutan dan bekalan elektrik turut terputus.

Pasukan penyelamat mengorek lumpur secara manual untuk mencari mangsa yang hilang sejak Isnin lalu di lokasi kejadian dan pada hari berikutnya, tiga mayat baharu ditemui.

Loading...
Terkini