Tumpuan :
Dunia

14 maut, 43 cedera dalam serangan udara rejim Israel

Foto: Agensi Berita Syria (SANA)

GAZA: Serangan udara Israel di tengah Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.

Agensi Berita Syria (SANA) hari ini berkata terdapat beberapa letupan di wilayah tengah Syria, termasuk di wilayah Tartous dan Hama, yang mengakibatkan beberapa orang awam terkorban.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung serangan itu.

Pengarah Hospital Negara di Masyaf, Dr Faisal Haidar berkata jumlah kematian berhampiran bandar Masyaf, di muhafazat Hama, telah meningkat kepada 14 orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 43 lagi cedera, 6 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Agensi Berita Syria memetik sumber tentera sebagai berkata musuh Israel melancarkan pencerobohan udara dari arah barat laut Lubnan, menyasarkan beberapa tapak tentera di wilayah tengah sejurus sebelum 8.30 malam waktu tempatan pada hari Ahad.

Sumber itu berkata, pertahanan udara Syria telah memintas dan menembak jatuh beberapa peluru berpandu.

Serangan itu telah merosakkan lebuh raya Wadi al-Uyun di Masyaf dan anggota bomba sedang giat mengawal kebakaran yang tercetus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini