Tumpuan :
Dunia

14 Disahkan Terkorban Akibat Runtuhan Bangunan

FOTO: REUTERS

AMMAN: Mayat mangsa terakhir dikeluarkan dari serpihan runtuhan bangunan di ibu negara Jordan hari ini ketika usaha pencarian ditamatkan selepas empat hari, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban adalah 14 orang.

“Pasukan penyelamat dapat mengeluarkan seorang individu yang maut hari ini, angka kematian kini berjumlah 14 orang,” kata jurucakap keselamatan awam, Amer al-Sartawi.

FOTO: REUTERS

Operasi menyelamat besar-besaran bermula apabila bangunan kediaman empat tingkat itu runtuh Selasa lalu di Jabal al-Weibdeh, salah satu kawasan kejiranan tertua di Amman.

Penemuan mayat itu, yang menurut sumber perubatan adalah seorang wanita, menandakan semua mangsa yang hilang telah diambil kira, sekali gus usaha mencari ditamatkan.

Pendakwa raya Jordan telah mengarahkan penahanan tiga individu sebagai sebahagian daripada siasatan, termasuk pengurus bangunan serta dua individu lain yang terbabit dalam kerja pengubahsuaian, lapor media kerajaan.

FOTO: REUTERS

Tapak tragedi itu terletak di daerah Jabal al-Weibdeh, di tengah ibu negara yang terkenal dan rancak dengan aktiviti kebudayaan, selain menempatkan sejumlah besar ekspatriat.

Khamis lalu pekerja kecemasan menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat bulan dari serpihan runtuhan dengan bayi itu hanya mengalami kecederaan kecil termasuk lebam. – AFP

Loading...
Terkini