Tumpuan :
Dunia

13 maut, 50 cedera gudang senjata meletup

SWAT: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam dua letupan di depoh senjata unit antipengganas tentera Pakistan, Lembah Swat.

Menurut Ketua Polis Swat, letupan berkenaan turut mencederakan lebih 50 yang lain dengan beberapa daripadanya parah.

Siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada litar pintas di dalam salah sebuah gudang berkenaan.

Selain itu, tiada bukti menunjukkan insiden terbabit didalangi pihak luar.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat aspek lain yang menyumbang kepada faktor berlakunya letupan terbabit.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini