SUDAN: 127 terbunuh dalam pertempuran selama dua hari antara Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dengan tentera di Sudan.
RSF dilapor melepaskan tembakan artillery ke arah kawasan dikuasai tentera di Omdurman.
Menurut Pegawai Kecemasan, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 14 orang mangsa yang sedang menaiki bas akibat ditembak.
Kerajaan negeri, yang dikuasai oleh tentera, berkata 65 orang telah terbunuh dan mangsa-mangsa lain telah dipindahkan ke Hospital Al-Naw.
Aktivis hak asasi manusia berkata sekurang-kurangnya 127 orang, kebanyakannya orang awam terbunuh di Sudan pada Isnin dan Selasa.
Perang yang telah berlarutan selama 20 bulan antara tentera dan RSF semakin parah apabila usaha gencatan senjata gagal. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.