comscore
Tumpuan :
Dunia

112 penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel ketika cuba dapatkan bantuan makanan

Foto: Reuters

Angka korban tembakan rambang tentera rejim Israel ke arah penduduk Palestin yang cuba mendapatkan bantuan makanan di Gaza meningkat kepada 112 orang dengan lebih 760 lagi cedera.

Ia antara insiden yang terburuk di Gaza sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu

Kenyataan Israel bagaimanapun berubah-ubah, dengan dakwaan yang kononnya kematian berpunca daripada rempuhan trak ketika orang ramai mengerumuni trak terbabit

Tentera rejim kemudian menukar kenyataan dengan mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan ke arah kumpulan yang dikatakan menimbulkan ancaman kepada tentera .

Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam pada itu mengutuk pembunuhan kejam beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel ketika penduduk yang hampir kebuluran cuba mendapatkan bekalan makanan itu

Pejuang Hamas dalam maklum balasnya pula memberi amaran insiden itu boleh membawa kepada kegagalan rundingan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini