GAZA: Sekurang-kurangnya 111 terbunuh dalam serangan pengganas Israel di Gaza.
Angka korban termasuk bedilan yang meranapkan sebuah pangsapuri di Beit Lahiya dan mengorbankan nyawa 50 penduduk.
Sejumlah lagi penduduk cedera dan ramai yang masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.
Serangan memaksa puluhan penduduk meninggalkan kediaman mereka di daerah itu.
Sasaran lain termasuk wilayah tengah Gaza yang mencatatkan 15 kematian.
Manakala lima lagi kematian dicatatkan di Rafah.
Enam penduduk yang cuba mendapatkan bekalan bantuan kemanusiaan turut maut dalam serangan dron Israel di Khan Younis.
Sementara itu, Qatar dalam satu kenyataan mengutuk serangan tidak berhati perit Israel ke atas sekolah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Kem Pelarian Shati yang meragut 10 nyawa.
Kementerian Luar Qatar turut memberi amaran, implikasi akibat tindakan Israel yang menjejaskan aktiviti dijalankan Pertubuhan UNRWA. – AL – JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.