EL ZAPOTE: Kanak-kanak antara 11 terbunuh akibat cuaca buruk yang melanda El Salvador.
Mangsa dilaporkan maut dalam beberapa insiden antaranya tanah runtuh dan pokok tumbang.
Bagi membantu mangsa yang terjejas, hampir 900 orang ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Pesisir pantai Pasifik dari selatan Mexico hingga ke barat Panama kini dilanda cuaca buruk.
Jabatan Kaji Cuaca juga menjangkakan lebih banyak taburan hujan minggu ini.
Keadaan mungkin bertambah buruk dengan ramalan ribut yang bakal terbentuk di Teluk Mexico. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.