NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 maut susulan kemalangan yang dipercayai berpunca daripada banjir dan hujan lebat di New Delhi, India.
Sebahagian besar lebuh raya dinaiki air dengan beberapa laluan utama terpaksa ditutup.
Lebuh raya Kebangsaan 3 turut tenggelam susulan limpahan air Sungai Beas.
Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran merah di tujuh daerah di Himachal Pradesh, selain amaran hujan lebat berterusan sehingga Ahad malam.
Keadaan itu juga mencetus kebimbangan lebih banyak lagi kawasan akan ditenggelami air.
Justeru orang ramai juga diminta sentiasa waspada dan peka dengan perkembangan semasa bencana.