comscore
Tumpuan :
Dunia

104 pekerja Samsung ditahan kerana mogok mahu naik gaji

FOTO: Reuters

CHENNAI: Polis India menahan 104 pekerja yang sedang mogok kerana membantah gaji rendah di sebuah kilang Samsung Electronics di selatan India, hari ini.

Pekerja terbabit menuntut untuk menaikkan gaji dan disebabkan itu mereka memboikot untuk tidak datang bekerja selama tujuh hari, sekali gus mengganggu operasi pengeluaran yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunan Samsung di India iaitu sebanyak AS$12 billion (RM51billion).

Pekerja berkenaan bercadang untuk melakukan protes hari ini, bagaimanapun mereka ditahan kerana tiada kebenaran diberikan untuk melakukan protes itu memandangkan kawasan berkenaan mempunyai sekolah, kolej dan hospital.

Sejak minggu lalu, pekerja mengadakan protes di khemah sementara berhampiran kilang bagi menuntut gaji yang lebih tinggi serta waktu kerja yang lebih baik, selaras dengan kesatuan yang disokong oleh kumpulan buruh berkenaan, Centre of Indian Trade Unions (CITU).

Samsung bagaimanapun tidak berminat untuk mengiktiraf mana-mana kesatuan yang disokong oleh kumpulan buruh luar.

Setakat ini, Samsung tidak memberi maklum balas baharu terhadap isu berkenaan, tetapi Jumaat lalu syarikat itu memaklumkan mereka sudah memulakan perbincangan dengan pekerja di kilang Chennai bagi menyelesaikan semua isu secepat mungkin. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini