Tumpuan :
Dunia

10 puting beliung landa AS

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya 10 puting beliung melanda negeri-negeri di tenggara Amerika Syarikat, iaitu Texas, Louisiana, dan Mississippi pada hari Sabtu (28 Disember).

Bencana menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian berhampiran Houston, menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional dan pihak berkuasa tempatan.

Puting beliung di daerah Crockett, Texas mengakibatkan pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus.

Angin kencang turut mengakibatkan kemusnahan struktur bangunan termasuk klinik.

Taburan hujan lebat mencetuskan banjir dan mengancam nyawa penduduk serta pengguna jalan raya – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini