TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin cedera dalam ketegangan terbaharu di Tebing Barat.
Kekejaman tentera Israel semakin menjadi-jadi dengan insiden terbaharu di kem pelarian di Jericho dan lokasi berhampiran.
Serangan di kem pelarian Aqabit Jaber pada awal pagi menyaksikan tentera Israel menyasar kediaman penduduk sesuka hati
Ketegangan turut mengakibatkan kediaman penduduk rosak teruk.
Tentera Israel turut melepskan tembakan ke arah belia Palestin yang bertindak balas dengan membaling bom api dan melempar batu ke arah kenderaan mereka
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Ramallah.
Dalam pada itu, Pasukan Bulan Sabit Merah mendakwa, tentera Zionis menghalang mereka masuk ke lokasi terbabit untuk memberi rawatan kepada mangsa yang cedera
Malah terdapat laporan tindakan biadap tentera rejim yang menculik empat penduduk Palestin
Rejim Israel dalam kenyataannya berkata, serbuan dilakukan bagi memburu suspek kes tembakan di Jericho, minggu lalu. – PALIINFO / REUTERS