MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di negeri Queretaro, Mexico.
Dalam serangan yang berlaku bar Los Cantaritos pada malam Sabtu, empat individu bersenjata dilapor melepaskan tembakan sehingga mengorbankan tujuh lelaki dan tiga wanita, menurut laporan Pejabat Peguam Negeri, lapor Xinhua.
“Empat individu bersenjata menaiki sebuah van telah dikenal pasti dan nombor plat kenderaan mereka berjaya diperoleh
“Setakat ini, seorang suspek telah ditahan pihak polis,” kata Juan Luis Ferrusca, setiausaha keselamatan awam di daerah Queretaro.
Sementara itu, tujuh mangsa yang cedera kini sedang dirawat di hospital berhampiran.
Pasukan penyiasat yang berada di lokasi kejadian dan turut menyiasat sebuah kenderaan yang dipercayai ada kaitan dengan insiden tersebut.
Queretaro biasanya tidak terkenal dengan tahap jenayah ganas yang tinggi, seperti pembunuhan, dan dianggap lebih selamat berbanding banyak kawasan lain di Mexico.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.