comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut, 21 hilang dalam ribut di Brazil

FOTO: Reuters


SAO PAULO:
Angka kematian akibat ribut paling teruk melanda selatan Brazil sejak Isnin meningkat kepada 10 orang pada Rabu dengan 21 lagi masih hilang, kata agensi pertahanan awam, lapor Xinhua.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite berkata banjir yang membawa lumpur memaksa sesi persekolahan digantung pada Khamis.

Menurut beliau, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dijangka melawat negeri itu untuk menilai kerosakan dan menyediakan pembiayaan persekutuan.

Leite yang menyifatkan situasi itu sebagai “dramatik”, berkata bantuan diperlukan untuk menyelamatkan penduduk terjejas banjir.

Seramai 4,400 penduduk telah dipindahkan dengan darurat diisytiharkan di 107 bandar. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini