Tumpuan :
Dunia

10 kediaman tertimbus tanah runtuh

FOTO: REUTERS

PERU: Sekurang-kurangnya 10 buah rumah tertimbus apabila berlaku kejadian tanah runtuh  di tengah-tengah Peru Ahad lalu.

Bencana alam ini sekaligus menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan dunia luar selain tanaman mereka turut musnah.

Detik-detik cemas yang berjaya dirakam menunjukkan lumpur yang mengalir menyebabkan banyak pokok tumbang sama sekali.

Antara tanaman yang musnah, ladang kopi, koko, pisang dan banyak lagi.

Pihak berkuasa dalam pada itu turut ke lokasi nahas bagi menggerakan operasi pembersihan tanah runtuh.

Tiada mangsa terkorban dilaporkan, setakat ini.

Loading...
Terkini