Tumpuan :
Dunia Seni

Dolla diikrtiraf YouTube MsMojo, antara 10 kumpulan muzik ‘mesti dengar’

Dolla tersenarai dalam kalangan 10 kumpulan wanita antarabangsa yang perlu ada dalam senarai main pencinta muzik seperti disyorkan MsMojo. – FOTO: YouTube/MsMojo

KUALA LUMPUR : Saluran Youtube terkenal, MsMojo menyenaraikan kumpulan ‘dance’ tempatan, Dolla dalam carta 10 kumpulan wanita antarabangsa yang perlu ada dalam senarai main pencinta muzik.

Pemilihan MsMojo itu menjadikan Dolla satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang berjaya memasuki carta itu.

Selain Dolla yang menduduki tangga keenam, turut tersenarai adalah kumpulan dari Jepun, XG dan juga sensasi K-Pop, New Jeans.

Kumpulan dari negara lain yang turut disenaraikan termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Amerika Latin selain United Kingdom (UK) dan Filipina.

Dolla dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo, Tabitha Ariel Lam (Tabby), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya).

Pemilihan Dolla dibuat atas kelincahan mereka di pentas selain sering ‘trending’ dalam media sosial. Ini termasuk kejayaan lagu Raya Raya Raya yang mengumpul jutaan peminat seluruh dunia.

MsMojo adalah saluran popular dan mengiktiraf artis berbakat dan memberi impak besar dari seluruh dunia.

Dengan lima juta pelanggan yang mengikuti saluran MsMojo, pasti jumlah pengikut kumpulan Dolla akan meningkat.

MsMojo juga adalah salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo, iaitu saluran video ulung di YouTube berpusat di Kanada.

Loading...
Terkini