SHAH ALAM: Lima minggu bersiaran, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) mencipta fenomena luar biasa, sekaligus memecah rekod sebagai program hiburan nombor satu Malaysia.
Persembahan bertenaga serta kemunculan artis popular menjadikan rancangan itu pencetus gelombang baharu industri hiburan tempatan.
Pentas CSOIAM yang menjadi medan pertempuran bakat-bakat hebat, turut hangat diperkatakan di media sosial.
Bukti kejayaannya terserlah apabila mendominasi carta trending di platform X, lima minggu berturut-turut.
Sepanjang siarannya, CSOIAM turut mencatat jangkauan luar biasa di media sosial, dengan 10.6 bilion tontonan dan interaksi.
Program ini juga merekodkan 8.5 juta capaian penonton dan 18.88 juta jangkauan unik, termasuk melalui penstriman di Tonton.
Angka ini meletakkan CSOIAM jauh di hadapan pesaing, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai rancangan hiburan paling popular.
Minggu ke-6 Ahad ini yang bertemakan “Saling Menyengat, Fizz Sangat” bakal menyaksikan enam peserta berduet dengan penyanyi terkenal seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aisha Retno dan Amir Masdi.
Juara akan meraih wang tunai RM500,00, sebuah kereta bernilai RM200,00” dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.