KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang membentangkan lapan kertas cadangan untuk dipersetujui bersama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk agenda pembangunan di negeri itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara cadangan itu adalah pembinaan Aerocity di Gebeng dan pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus.
Menurut Datuk Seri Azmin, cadangan itu dipersetujui oleh kementeriannya kerana ianya selari dengan dasar pelaburan baharu nasional yang dijangka dapat meningkatkan prestasi perdagagangan dan pelaburan di negara ini.
”Bagi MITI kita melihat potensi cukup besar di negeri Pahang, dan kalau kita melihat dari segi indicator dan indek indek yg dikeluarkan badan antarabangsa khususnya indek business Pahang muncul antara negeri yg terbaik dalam memastikan facilitasi dan memudahcara perniagaan dan proses kelulusan itu berjalan dengan cepat pantas, dan ini memberikan harapan kepada pelabur asing dan tempatan untuk terus menjadikan Pahang sebagai destinasi pelaburan di masa yg akan datang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri, J-B-I bersama Menteri Besar Pahang di sini hari ini.
Katanya, MITI peka dengan kedudukan strategik negeri Pahang sebagai gerbang ekonomi di Pantai Timur dan akan mengukukuhkan lagi kerjasama dua hala ke arah merealisasikan Pelan Induk Perindustrian Negeri Pahang 2021-2025.
Beliau berkata, pembinaan Kuantan Aerocity adalah selari dengan blue print yang telah diluluskan oleh Malaysia Aerospace Industry Blueprint untuk menjadikan Malaysia sebagai hub aeroangkasa di rantau ini.
Katanya, dalam tempoh terdekat penyelaras pembangunan Aero Angkasa National Aerospace Industry Coporation Malaysia akan berbincang bersama kerajaan negeri bagi pembangunan Kuantan Aerocity.