Tumpuan :
Detik Niaga

Wanita perlu diberi peranan lebih besar dalam korporat Malaysia – KRI

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Wanita perlu diberi peranan lebih besar dalam menerajui korporat Malaysia memandangkan, golongan ini mewakili lebih 50 peratus daripada bidang profesional.

Penyelidik Madya Institut Penyelidikan Khazanah, (KRI) Puteri Marjan Megat Muzafar berkata, kajian turut mendapati, hanya 56.2 peratus daripada keseluruhan wanita di negara ini yang bekerja, lebih rendah berbanding beberapa negara serantau.

“Kalau kita nak Malaysia berdaya saing, maju maksudnya kita punya pencapaian itu bila tengok dengan negara lain masih lagi belakang. Sebagai contoh Thailand 69 peratus wanita bekerja tapi kalau tengok Singapura lagi tinggi 72 peratus wanita bekerja. ” katanya pada sesi forum bertajuk ‘Peranan Wanita dalam Masyarakat: Menangani Ketidakadilan Gender, Beban Berganda & Kesejahteraan Mental di Malaysia’ pagi tadi.

Sesi itu turut disertai oleh Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dobiQueen, Nini Tan dan Pengasas dan Presiden Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar.

Kajian KRI juga mendapati wanita hanya merangkumi 37.7 peratus tenaga kerja dalam negara meskipun pencapaian golongan wanita dalam pendidikan telah bertambah baik dan setanding kaum lelaki dengan rekod 52 peratus.

Katanya, kekangan terbesar bagi wanita terus kekal dalam kerjaya adalah tanggungjawab kepada keluarga.

Justeru, KRI mencadangkan skim manfaat kanak-kanak sejagat bagi golongan berpendapatan sedehana setiap bulan bagi menampung kos penjagaan supaya wanita dapat kembali bekerja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini