Tumpuan :
Detik Niaga

Wall Street Ditutup Lemah, Terburuk Sejak Jun

Gambar hiasan.

NEW YORK : Pasaran Wall Street ditutup lemah awal pagi tadi. Indeks Dow Jones jatuh mendadak dalam dagangan harian terburuk sejak Jun, apabila rali musim panas gagal berterusan.

Sentimen lemah Pelabur banyak dipengaruhi kebimbangan kenaikan kadar faedah yang agresif akan kembali dibuat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Dow jatuh 643.13 mata, atau 1.91%, kepada 33,063.61. S&P 500 turun 2.14% kepada 4,137.99, dan Nasdaq masing-masing jatuh 2.55% kepada 12,381.57. Ia merupakan hari dagangan terburuk sejak 16 Jun untuk Dow dan S&P 500.

Kerugian tersebut datang selepas minggu yang lemah sekaligus menamatkan rekod dagangan positif selama empat minggu untuk S&P 500.

Pelabur juga menjangka dagangan yang tidak menentu berdasarkan kenyataan terbaru Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai inflasi pada simposium ekonomi tahunan bank pusat itu.

Saham teknologi turut merosot berikutan kebimbangan mengenai kenaikan kadar yang lebih agresif. Amazon jatuh 3.6%. Saham semikonduktor jatuh dengan Nvidia turun kira-kira 4.6%. Saham Netflix turun kira-kira 6.1% berikutan penurunan taraf.

Loading...
Terkini