comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Unjuran FBM KLCI dinaik ke 1,730, sentimen pelabur positif

FOTO: NSTP

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Rakuten Trade menaikkan unjuran penanda aras utama Bursa Malaysia, FBM KLCI ke 1,730 menjelang akhir 2024 berbanding 1,660 sebelum ini.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Kenny Yee, unjuran positif ini ekoran aktiviti pelabur asing dan institusi tempatan yang semakin rancak mencecah RM4.6 bilion purata nilai dagangan harian.

“Minat dalam bursa tempatan juga dipengaruhi dana yang masuk dari luar negara menerusi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang dilabur kembali dalam ekuiti tempatan. Justeru, ia memberi impak pada pasaran tempatan ketika ini.” kata beliau.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Thong Pak Leng pula berkata pasaran agak rancak dan tidak mustahil untuk FBM KLCI melepasi paras 1,700 mata.

“Peningkatan jumlah dagangan harian telah meningkatkan selera untuk pelabur. Ini akan menarik lebih ramai pelabur untuk masuk pasaran.” katanya.

Terdahulu taklimat media mengenai prospek pasaran yang dikendalikan secara maya oleh Rakuten Trade.

Prestasi kewangan korporat yang kukuh turut menyumbang kepada sentimen pelabur yang positif kepada bursa tempatan.

Dalam pada itu, ringgit turut diunjur mengukuh ke 4.50 berbanding dolar Amerika hujung tahun ini.

Ia dipengaruhi tren pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat serta iklim pelaburan yang lebih baik dalam negara.

Loading...
Terkini