KUALA LUMPUR: Taikun penerbangan tambang murah, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan beliau miliki banyak lagi masa untuk menerajui syarikatnya, AirAsia dan Capital A. Perkara itu dikongsi beliau yang tampil menjawab banyak persoalan di akaun Instagram, samada beliau akan bersara dan meninggalkan syarikatnya tidak lama lagi.
Tan Sri Tony yang menyambut hari kelahirannya yang ke 59 tahun 30 April lalu berkata beliau miliki banyak lagi tahun di dua syarikatnya itu dan yakin mampu bertahan lebih lama dengan keadaan badannya yang semakin baik.
Bagaimanapun beliau mengakui pelan peralihan untuk syarikatnya adalah sangat penting dan usaha kini tertumpu bagi mengadakan rundingan kontrak baharu.
Sebelum ini, beberapa media antarabangsa melaporkan Tan Sri Tony berkata beliau sudah bersedia meninggalkan syarikatnya. Dalam temubualnya, Tan Sri Tony berkata pemimpin yang baik akan tahu bila waktu untuk pergi.