Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Tan Sri Idris Jusoh undur diri sebagai Pengerusi Felda

KUALA LUMPUR: Tan Sri Idris Jusoh bakal mengundur diri sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

Ia lebih awal dari tempoh kontrak asalnya yang berakhir Mei tahun depan.

FOTO: Idris Jusoh / Facebook

Tan Sri Idris berkongsi perkembangan itu di laman Facebooknya sebentar tadi setelah menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri. Ia dibuat bagi memberi laluan kepada pengganti baharu yang lebih sesuai.

“Saya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan pengerusi Felda berkuat kuasa pada 30 Jun.” katanya dalam satu hantaran ringkas.

Untuk rekod, beliau dilantik Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020.

Loading...
Terkini