KUALA LUMPUR: Synergy House Bhd (Synergy House) penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot yang mengkhusus dalam perabot rumah pasang siap (RTA) mampu milik, memulakan dagangan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 38 sen sesaham.
Pengerusi Synergy House, Mok Juan Chek, berkata, pihaknya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bursa Securities atas kelulusan penyenaraian kami, dan kepada Penasihat Utama, Kenanga Investment Bank Berhad (KIBB), atas bimbingan dan komitmen mereka sepanjang keseluruhan proses sehingga hari ini.
“Walaupun penyenaraian Synergy House membolehkan kumpulan mempunyai dana untuk beberapa pelan pengembangan segera semasa, penyenaraian itu juga akan membolehkan kumpulan memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk pengumpulan dana masa depan di samping menyediakan fleksibiliti kewangan untuk mengejar peluang pertumbuhan apabila ia timbul kerana Kumpulan menjangkakan permintaan perabot rumah akan terus berkembang,” katanya selepas majlis penyenaraian saham Synergy House di sini hari ini.
IPO Synergy House itu mengumpul sejumlah RM34.4 juta, di mana RM10.0 juta diperuntukkan untuk mengembangkan jualan B2C Kumpulan dengan membeli inventori bagi pencapaian e-dagang Kumpulan , pusat pengumpulan e-dagang di luar negara serta pusat pemenuhan e-dagang yang dicadangkan di Muar, Johor.
Di samping itu, RM1.5 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk membiayai pembelian sistem rak dan forklift untuk cadangan pusat pemenuhan e-dagang di Muar, Johor.Selain itu, RM1 juta daripada hasil itu akan digunakan untuk melaksanakan strategi pengiklanan dan promosi di platform e-dagang pihak ketiga untuk meningkatkan lagi jualan B2C Kumpulan.