Oleh Afrina Romzi
PETALING JAYA: Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan pampasan akibat kemalangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Sabri Ramli berkata, syarikat turut menggalak pihak ketiga yang ingin membuat tuntutan agar berjumpa dengan syarikat insurans terus tanpa melalui mahkamah.
“Kami memang mahu menyelesaikan kes tuntutan secepat mungkin. Pihak insurans juga tidak mahu melengahkan perkara ini. Justeru, lebih baik jika mereka berjumpa terus dengan kami untuk berbincang (mengenai pampasan),” katanya ketika dihubungi TV3.
Ini juga akan membolehkan pihak insurans menyelesailan isu tuntutan secepat mungkin.
Jelas beliau, tindakan membawa kes ke mahkamah akan hanya melewatkan proses penyelesaian serta meningkatkan jumlah tuntutan kerana melibatkan kos guaman.
Pihak insurans memiliki jadual mengenai kadar pampasan untuk kecederaan kekal dan separa akibat kemalangan.
Untuk itu, pihak yang membuat tuntutan digalakkan berbincang terus dengan syarikat insurans mengenai kadar pampasan yang mereka inginkan.