Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat sarung tangan getah berdepan saingan China

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Industri sarung tangan getah Malaysia dijangka akan berdepan dengan kesukaran apabila terpaksa bersaing dengan China.

Ketua Penyelidik Ekuiti Serantau Maybank Investment Bank Research, Anand Pathmakanthan, berkata ini kerana pengeluar sarung tangan getah dari China semakin agresif dalam pasaran, sekali gus memberikan satu persaingan kepada Malaysia yang pernah menjadi peneraju pengeluar produk itu ketika pandemik COVID-19.

“Pengurangan kapasiti Hartalega Holdings Bhd baru-baru ini melalui penyahtauliahan kemudahan Bestari Jaya menggariskan realiti kadar penggunaan kemudahan pembuatan yang rendah (40 hingga 50 peratus) serta kuasa harga yang lemah,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Pathmakanthan berkata, keuntungan bersih Hartalega pada suku keempat 2023 adalah sebanyak RM44 juta melebihi jangkaan dan konsensus.

“Walaupun penyahaktifan kemudahan Bestari Jaya (BJF) akan mengurangkan kos operasi keseluruhannya selepas tahun kewangan 2024, pandangan sektor kekal suram disebabkan isu lebihan bekalan.

“Kami menurunkan anggaran keuntungan teras tahun kewangan 2024 dan 2025 masing-masing sebanyak 83 peratus dan 69 peratus,” katanya.

Pathmakanthan berkata, berkata penilaian harga saham Hartalega pada RM1.35 pada satu kali anggaran 2024 berbanding RM1.18, pada anggaran 19.4 kali 2024 (nisbah harga-pendapatan) dengan perubahan dalam kaedah penilaian adalah disebabkan jangkaan kerugian ini.

Loading...
Terkini