Tumpuan :
Detik Niaga

Sunway Nexis jana kuasa guna solar

PETALING JAYA: Samaiden Group Bhd (Samaiden) secara rasmi memulakan operasi projek pelaburan solar pertama di Sunway Nexis mulai hari ini.Projek itu dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh kumpulan, Samaiden Capital Management Sdn dengan mengendali dan menyelenggara sistem PV solar atas bumbung dengan kapasiti terpasang 531kWp untuk tempoh 20 tahun.Berdasarkan penjanaan 12.5 juta kilowatt jam (kWj) dalam tempoh 20 tahun, ini boleh mengurangkan kira-kira 8,400 tan pelepasan karbon.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir Chow Pui Hee berkata, sebagai sebahagian daripada pelan kepelbagaian untuk syarikat, Samaiden gembira melihat penyiapan projek pelaburan pertama ini, di mana Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) telah ditandatangani dengan Perbadanan Pengurusan Sunway Nexis (Sunway Nexis Management Corporation) pada Disember 2021.

“Ini adalah peristiwa penting bagi kami kerana kemudahan ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aliran tunai kami secara berulang selama 20 tahun.” katanya di sini hari ini.Sementara itu Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sunway Nexis, Teo Poh Heng berkata, pihaknya mesti menumpukan pada masa depan planet dan menekankan kelestarian tenaga boleh diperbaharui (RE) dan Sunway Nexis gembira untuk bekerjasama dengan Samaiden sebagai Solar Photovoltaic (PV).

“Pelabur kerana ini sudah tentu akan membantu meningkatkan kesedaran TBB dan faedahnya kepada pemilik dan penyewa bangunan. Saya mesti berterima kasih kepada Samaiden kerana mengambil inisiatif berani ini untuk melabur dalam Solar PV untuk Sunway Nexis kerana ini selaras dengan inisiatif negara kita dalam melaksanakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di tempat kerja. Ia bermula dengan keputusan korporat yang bijak dan tepat pada masanya yang mempunyai kesan jangka panjang untuk semua yang berkenaan.” katanya.Beliau menambah, dengan pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai surcaj 20 sen/kWj yang akan dikenakan kepada pengguna industri voltan sederhana dan voltan tinggi termasuk syarikat multinasional, kami menjangkakan bahawa sistem PV solar akan menjadi alternatif terbaik untuk mereka gunakan untuk mengurangkan bil elektrik mereka.

Loading...
Terkini