Oleh Afrina Romzi
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan syarikat korporat untuk menubuhkan platform dalam talian Data Terbuka Kemampanan Korporat (CSOD).
Platform itu mestilah mudah diakses kepada orang awam dan mengandungi data berkaitan isu kemampanan.
“Beta juga mencadangkan penyediaan data kemampanan yang boleh dipercayai dan menyeluruh harus menjadi aspek penting dalam komitmen ESG. Ia harus dilakukan secara sukarela oleh syarikat, melangkaui skim pelaporan kemampanan mandatori yang telah pun tertakluk kepada kebanyakan syarikat,” titah baginda pada Sidang Kemuncak GO ESG ASEAN 2022 di sini, hari ini.
CSOD hendaklah menyediakan maklumat mengenai sasaran kelestarian masa depan syarikat.
Data di platform itu juga boleh digunakan untuk membawa kepada perubahan sikap.
Selain itu, naratif palsu dapat dijelaskan dengan lebih cepat, tepat dan meyakinkan.