Tumpuan :
Detik Niaga

Sokongan modal swasta diperlukan untuk capai Matlamat Pembangunan Mampan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). – FOTO: NSTP

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kewangan awam perlu disokong modal swasta untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan komitmen iklim negara.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata, kajian mendapati, hampir AS$100 bilion diperlukan untuk Malaysia mencapai sifar bersih menjelang 2050.

“Ini adalah jumlah yang besar ke arah aktiviti ekonomi yang mampan bagi menyokong matlamat peralihan. Kita hanya bercakap tentang satu negara. Untuk itu, kewangan awam sahaja tidak mencukupi, ia mesti disokong modal swasta kerana skala yang diperlukan untuk memenuhi komitmen SDG dan iklim,” katanya dalam ucaptama di Program Kepimpinan Kewangan Hijau Global (GFLP) 2022 anjuran Bank Dunia, di sini, hari ini.

SC juga dijadual mengeluarkan Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) berasaskan prinsip untuk pasaran modal menjelang akhir tahun ini.

Ia sebagai panduan bagi prinsip aktiviti ekonomi yang menyokong objektif alam sekitar, sosial dan kemampanan (ESG).

Loading...
Terkini