Tumpuan :
Detik Niaga

Sistem visa pekerja mahir asing, Xpats Gateway pendekkan proses permohonan visa

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (tengah) pada sidang media pasca mesyuarat PEMUDAH di Putarajaya.

Oleh Suzila Idayu Yaacob 

PUTRAJAYA: Proses permohonan dan pembaharuan visa pekerja mahir asing akan menggunakan sistem baharu, dikenali Xpats Gateway bermula 15 Jun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata sistem bersepadu menggunakan pendekatan satu tetingkap atau ‘Single Window Approach’ itu akan memendekkan proses permohonan kepada hanya lima hari dari anggaran 30 hari.

“Dalam tempoh dua minggu ini agensi terbabit diketuai talent corp akan mengumumkan perianciannya nanti. Maksudnya sekiranya kumpulan ini berada dalam Tier 1, prosesnya begini dan jika kumpulan itu berada dalam Tier 2, prosesnya pula begini tetapi jangkaan kita sebahagian besar daripada permohonan visa ekspariat ini akan diringkaskan dan dipercepatkan.

“Langkah itu juga akan mengurangkan birokrasi membabitkan pekerja mahir asing,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

Tempoh untuk syarikat mengiklankan jawatan kosong kepada pekerja tempatan juga akan dikurangkan dari 30 ke 14 hari.

Syarikat juga dibenarkan menawarkan pekerjaan kepada ekspatriat profesional asing jika jawatan yang diiklankan tidak diisi warga tempatan.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju menyusun semula kontrak dalam industri pencucian dan pembersihan daripada kaedah kontrak berdasarkan bilangan pekerja kepada kontrak berdasarkan prestasi.

Pelaksanaan ini akan membantu mentransformasi industri pembersihan daripada industri intensif buruh dan berkemahiran rendah kepada industri berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi.

Loading...
Terkini