Tumpuan :
Detik Niaga

Serba Dinamik gagal kemuka laporan suku tahunan pada tarikh akhir 28 Feb

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) berkata ia tidak dapat mengeluarkan laporan suku tahunannya bagi tempoh kewangan berakhir 31 Dis 2022, dalam tempoh masa selewat-lewatnya 28 Feb 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SDHB berkata kelewatan itu disebabkan kehilangan tenaga kerja yang ketara dan kehilangan kakitangan penting.

“Lembaga Pengarah ingin menegaskan bahawa mereka sedang mengambil langkah serius dalam mengenal pasti calon pengganti yang sesuai untuk menyelesaikan isu ini,” kata makluman itu.

Ia akan mengeluarkan dan menyerahkan laporan suku tahunannya untuk tempoh fiskal selewat-lewatnya 6 Mac 2023.

SDHB dikehendaki mengeluarkan laporan kewangan interimnya pada setiap suku tahun sebaik sahaja angka itu diluluskan oleh lembaga pengarah tidak lewat daripada dua bulan selepas akhir setiap suku seperti yang dikehendaki di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

BERNAMA

Loading...
Terkini