Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Semakan kenaikan tarif air tidak dilaksana dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Cadangan semakan semula tarif air untuk pengguna domestik di seluruh negara, tidak dilaksana dalam masa terdekat. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, semakan ini hanya boleh dibuat paling awal tahun depan, setelah pengenalan mekanisme penetapan tarif selesai.

“Kita tidak mahu mereka yang patut dilindungi jadi mangsa, kita akan meneliti perkara ini tetapi ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat”, katanya dalam sidang media selepas pelancaran penjenamaan semula penjana kuasa bebas, Malakoff.

“Sebagaimana tarif elektrik, sistem PADU hanya akan sedia beroperasi hujung tahun ini justeru sebarang semakan tarif perlu tunggu kitaran tahun depan, sama seperti tarif air, ia tidak akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu atau bukan akan datang.”

Jelasnya semakan ini dibuat setelah ada permintaan daripada 2 hingga 3 negeri untuk menaikan tarif domestik mereka bagi memastikan kelangsungan dan kemampanan kewangan syarikat air negeri.

Mekanisme penetapan tarif air juga, jelasnya hanya akan menetapkan satu kadar tarif maksimum dimana syarikat air negeri boleh menetapkan kadar tarif sendiri.

Loading...
Terkini