Tumpuan :
Detik Niaga

SC anjur Persidangan SCxSC Fintech esok

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Agrobank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menganjurkan Persidangan SCxSC Fintech pada 31 Mei 2023.

SC dalam kenyataan berkata, dengan bertemakan ‘GROW’ iaitu memupuk Kewangan Inovatif dalam Pertanian, Persidangan SCxSC Fintech tahun ini bertujuan untuk meneroka dan memanfaatkan peranan saluran pembiayaan alternatif dalam menangani keperluan pembiayaan sektor pertanian.

Persidangan itu adalah untuk menghubungkan pelabur, usahawan tani, syarikat pemula niaga teknologi pertanian, teknologi kewangan pertanian, agensi berkaitan, perniagaan tani dan pembina ekosistem untuk bekerjasama serta memupuk penyelesaian pembiayaan yang inovatif bagi meningkatkan pembangunan pertanian.

“Sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia terdedah kepada kejutan global dalam rantaian bekalan makanan, justeru produktiviti pertanian tempatan juga melihat ruang untuk penambahbaikan.

Kelewatan dalam melaksanakan transformasi pertanian boleh menimbulkan cabaran kepada ekonomi negara untuk beralih ke status lebih tinggi dan menghalang kemajuan dalam mencapai kemakmuran bersama antara masyarakat luar bandar dan bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

SC berkata, pembiayaan ialah tonggak utama ke arah transformasi pertanian dan capaian pembiayaan tradisional kepada petani kecil terutamanya pemula niaga teknologi pertanian yang kekal mencabar.

Loading...
Terkini