Tumpuan :
Detik Niaga

SC akan sediakan taksonomi SRI untuk panduan industri

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Seri Awang Adek Hussin. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyediakan Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Taksonomi SRI) yang seterusnya selepas ia dikeluarkan pada Disember tahun lepas.

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata langkah itu akan memberikan panduan yang lebih jelas kepada industri.

Taksonomi SRI menyediakan prinsip panduan umum mengenai klasifikasi aktiviti ekonomi untuk menyokong pelaburan yang mampan.

“Apabila pelaburan mampan terus berkembang, sistem klasifikasi lebih sistematik juga diperlukan untuk memudahkan perbandingan dan penjajaran mereka dengan matlamat alam sekitar, sosial dan kemampanan,” katanya dalam ucapannya pada persidangan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) ‘Journey to Zero’ 2023.

Awang Adek berkata memandangkan ikrar mitigasi perubahan iklim global gagal mencatatkan sebarang pencapaian ketara, dunia perlu mula mengubah komitmen kepada tindakan untuk mendapatkan hasil.

“Untuk merealisasikan peralihan tenaga sahaja, kita memerlukan RM1.3 trilion mulai sekarang hingga tahun 2050,” katanya.

Awang Adek berkata SC juga telah membuka jalan untuk kemampanan mulai 2011 apabila SRI dimasukkan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2).

Ini diikuti dengan pengenalan Rangka Kerja Sukuk SRI pada 2014 manakala Rangka Kerja Sukuk berkaitan SRI yang dilancarkan tahun lepas membolehkan perniagaan memanfaatkan tujuan peralihan dan bukan hanya untuk mereka yang mencari pembiayaan hijau dan projek kemampanan.- BERNAMA

Loading...
Terkini